Tuesday, August 23, 2011


Syawal 0h Syawal
 Setelah sebulan kita berpuasa disiang hari dan beribadah dimalam hari,kini tiba masanya bulan syawal datang menyapa.Bulan Syawal adalah bulan kemenangan bagi umat islam dan bulan dimana perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut oleh setiap muslim di segenap penjuru dunia.
 Hari Raya inilah masanya kita bergembira bersama keluarga.Gelak ketawa akan memeriahkan pagi raya sambil pelbagai hidangan tersedia diatas meja.Namun,dalam gelak ketawa itu juga perlu ada batasannya.Janganlah jadikan hari raya ini merosakkan nilai-nilai ibadah kita pada bulan ramadhan yang sudah berlalu.Biarlah syawal ini kita jadikan sebagai menambah lagi pahala dan amal kita.
 Bulan syawal juga kita disunatkan untuk berpuasa sebanyak 6 hari.Ini kerana ganjaran pahalanya sungguh besar.Sabda Rasulullah saw yang bermaksdu:
 “siapa yang telah berpuasa sebulan Ramadhan ,kemudian ia berpuasa enam hari lagi dalam bulan syawal adalah seperti ia berpuasa sepanjang tahun”       (Riwayat Muslim)
SubhanAllah,Maha Pemurah Allah yang suka memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya.
Oleh itu,janganlah kita sia-siakan ganjaran ini.Cubalah sedaya upaya untuk melakukan puasa 6 itu di bulan syawal.Sambil kita bergembira di hari raya,biarlah dalam masa yang sama kita juga mencari keredhaan Allah.
 Banyak sudah rasanya saya bercerita,dan tiba masanya untuk saya mengundur diri.Namun sebelum itu,ada sedikit ucapan buat para pembaca.
                                                          Salam Aidilfitri
Mohon Ampun dan Maaf
Jika saya ada salah dan silap
Terkasar bahasa dalam penulisan blog ini
Sikap dan tingkah laku saya
Jika ada terkecil hati
Dan lain-lain lagi…

Semoga Kita Semua Bergembira di Hari Raya Ini

No comments:

Post a Comment